Penyimpanan dan penyediaan Miso

Miso biasanya datang dalam bentuk pes yang perlu disimpan dalam bekas yang tertutup dan didinginkan selepas pembukaannya. Miso asli bersifat "hidup" kerana ia mengandungi banyak mikroorganisme bermanfaat seperti Tetragenococcus halophilus yang boleh mati sekiranya miso dimasak secara melampau. Disebabkan perkara sedemikian, miso perlu ditambah ke dalam sup atau makanan lain tidak lama sebelum dikeluarkan dari api. Memakan miso dengan begitu sahaja tanpa sebarang makanan lain juga dianggap lebih baik.[1] Di luar Jepun pula, sudah menjadi amalan biasa untuk menambah miso ke dalam makanan yang telah disejukkan untuk memelihara kultur kōjikin di dalam miso. Namun, miso dan makanan soya memainkan peranan besar dalam pemakanan orang Jepun, dan banyak resipi yang dimasak bersamanya menjadi kegemaran ramai.

Penggunaan

Miso merupakan sebahagian daripada kebanyakan hidangan Jepun penting di mana ia sering kali muncul sebagai bahan utama sup miso yang menjadi makanan penduduk Jepun setiap hari. Nasi dan sup miso dianggap juga sebagai perkara yang asas dalam masakan Jepun, terutamanya sebagai sebuah hidangan sarapan yang tradisional.

Miso digunakan dalam banyak jenis sup lain makanan berkuah yang lain termasuklah beberapa jenis ramen, udon, nabe, dan imoni. Umumnya, apa-apa hidangan yang mempunyai perkataan miso di awal nama sesuatu masakan (miso-udon misalnya) akan ada perasa ini, dan masakan sebegini cenderung mempunyai rasa dan aroma yang lebih berat berbandingkan dengan sup dan masakan Jepun yang "kosong", yakni tiada miso.